Thoriqot Qodiriyah Naqsyabandiah

Thoriqot bermaksud jalan atau kaedah yang digunakan oleh hamba untuk menuju Tuhan Robbul Jalil. Tanpa berthoriqot tidak mungkin si hamba bisa menemui Tuhan dengan keadaan bertawajjuh , saling berhadapan dan "bersemuka".

Thursday, December 30, 2010

Dasar-Dasar Ajaran Thoriqot Naqsyabandiah

Adapun dasar-dasar ajaran Thoriqot Naqsyabandiah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Najm Al-Din Amin Al-Kurdi dalam kitabnya Tanwir Al-Qulub ialah pengamalan sebelas kata berbahasa Persi. Lapan antaranya ajaran Syeikh Abdul Kholiq Ghujdawani
(Khawajagan @ Khawjakan) dan tiga berasal dari ajaran Syeikh Muhammad Baha'uddin Naqsyabandi.

Lapan ajaran Al Ghujdawani tersebut ialah :

1.Husy Dari Dam (Kesedaran Dalam Bernafas)
Maksudnya pemeliharaan setiap nafas yang keluar masuk dari lupa kepada Allah sehingga hatinya selalu hadir bersama Allah dalam segala nafasnya

2.Nazar Bart Qadam (Memperhatikan Setiap Langkah Diri)
Maksudnya setiap salik apabila berjalan harus selalu melihat ke tempat kakinya melangkah dan bila ia duduk harus hanya melihat ke tempat di depannya. Dia dilarang meluaskan tempat pandangannya kerana dikhuatiri tidak mampu memelihara hatinya yang banyak diganggu oleh pandangan matanya.

3.Safat Dar Wathan (Perjalanan Mistik Dalam Diri)
Maksudnya setiap salik harus berpindah dari sifat-sifat manusia yang rendah kepada sifat-sifat malaikat yang utama

4.Khalawat Dar Anjuman (Kesendirian Dalam Keramaian)
Maksudnya hati si salik harus selalu hadir bersama Allah dalam segala situasi, baik dia sendirian jauh dari manusia mahupun sedang bergaul di tengah-tengah manusia yang ramai.

5.Yad Kard (Peringatan Kembali)
Maksudnya selalu mengulangi zikir, baik zikir dengan nama Zat (Kalimah Allah) mahupun dengan Zikir Nafi Dan Isbat (Kalimat Laa Ilaaha Illallah) sehingga yang diingat selalu hadir

6.Baz Kasyt (Menjaga Pemikiran Sendiri)
Maksudnya si salik kembali berzikir dengan Nafi dan Isbat setelah munajat dengan kalimat Ilahiy Anta Maqsudi , Wa ridhoka Mathlubi , 'Athini Mahabbataka wa ma'rifataka , kerana dengan itu akan terwujudlah pandangan si salik dalam hatinya terhadap wujud segala makhluk

7.Nikahdasyt (Memperhatikan Pemikiran Sendiri)
Maksudnya si salik harus menjaga hatinya dari kemasukan segala lintasan godaan yang mengganggu meskipun hanya sejenak.

8.Yaddast (Pemusatan Perhatian Hanya Kepada Allah)
Maksudnya pemusatan (konsentrasi) fikiran dan segala perhatian penuh tanpa kata-kata tertuju kepada musyahadah terhadap cahaya-cahaya Zat Yang Maha Esa. Hal ini tidak dapat terwujud tanpa terlebih dahulu mengalami Fana yang sempurna dan Baqa yang sempurna

Adapun ketiga ajaran dasar dari Syeikh Bahau'ddin ialah :

1.Wukuf Zamani
Maksudnya , si salik setiap berlalu dua atau tiga jam dalam kehidupannya hendaklah dia memperhatikan Apakah selama itu dia selalu ingat kepada Allah atau lupa. Bila ia selalu ingat , hendaklah dia bersyukur kepada Allah ; bila dia lupa , maka hendaklah dia meminta ampun dan kembali ingat kepada Allah.

2.Wukuf 'Adadi
Maksudnya si salik hendaklah selalu memelihara bilangan ganjil dalam berzikir nafi dan isbat seperti 3 , 5 ,7 dan seterusnya

3.Wukuf Qolbi
Maksudnya keadaan hati si salik selalu hadir pada bersama Allah dalam erti tak ada sedikit pun peluang dalam hati untuk tertuju kepada selain Allah dan terlepas dari pengertian zikir

Friday, December 24, 2010

Khataman Sebagai Acara Penutupan Tahun 2010

Pada 24hb dan 25hb Disember akan diadakan khataman sebagai acara penutupan tahun 2010bagi aktiviti TQN Sandakan. 24hb Disember diadakan di Masjid Datuk Pengiran Galpam dan 25hb Disember pula diadakan di Markas Persaudaraan Al-Hira'.
Mudah-mudahan acara khataman ini akan membawa kebaikan dan manfaat kepada semua ikhwan dan akhwat TQN Sandakan kerana pada tahun 2010 ini banyak kenangan manis dan pahit yang sukar untuk dilupakan.

Monday, December 20, 2010

Khataman Di Rumah Tun Sakaran Dan Persaudaraan Al-Hira'

Pada 20hb Disember 2010 , Khataman akan dilakukan di rumah Ayahanda Tun Sakaran di Likas dan 25hb Disember 2010 satu lagi khataman diadakan di Markas Persaudaraan Al-Hira; Sandakan... semua jemaah dijemput hadir...

Wednesday, December 15, 2010

K.H MUHAEMINUL AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH

9Hb Oktober yang lalu warga TQN telah menerima berita yang menyedihkan di mana telah perginya seorang wakil talqin yang banyak berjasa di dalam mengembangkan TQN di Jawa Khususnya di Cianjur , iaitu KH Muhaeminul Aziz yang telah kembali ke Rahmatullah. Seluruh warga TQN Sandakan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau..

Monday, November 8, 2010

Wirid Harian dan Khataman di Sandakan

Alhamdulillah , 8hb November 2010 ustaz Abdul Manaf sempat memberikan kuliah di Masjid Datuk Pengiran Galpam dan sekaligus membawa khataman di Rumah Datuk Haji Pengiran Abdul Rahman...walaupun tidak mempunyai masa rehat yang panjang sejak dari bulan januari , Ustaz kelihatan sentiasa cergas dan tidak jemu ke sana ke mari untuk memberi tazkirah dan menalqin mereka yang berminat mengamalkan wirid TQN... Semoga Allah membalas jasa Ustaz Abdul Manaf...amin

Wednesday, November 3, 2010

Menuju Mardhatillah

Tujuan utama seseorang berthoriqot itu tidak lain hanyalah menuju mardhatillah atau semata-mata mengharapkan keredhaan Allah...tidak ada yang lain dari hatinya itu berzikir adalah kerana semata mata untuk mengingat Allah...tidak mengharapkan balasan lain atau apa apa kurnia daripada Allah... setiap detik jantungnya itu berzikir memuji Allah dengan ikhlas dan penuh pengharapan agar diredhai oleh Allah taala...Inilah intipati dalam mana mana juga thoriqot...iaitu berwirid semata mata mengharapkan keredhaan Allah...

Monday, May 17, 2010

Pak Dudun Kembali Ke Rahmahtullah


Tanggal 16hb Mei, seluruh ikhwan dan akhwat TQN dikejutkan dengan pemergian Allahyarham K.H Dudun Nursaiduddin Bin K.H.A Syeikh Mursyid Ahmad Shohibulwafa Tajul Ariffin ( Abah Anom ) lebih kurang jam 11.30 malam WIB..

Ikhwan yang menerima khabar itu sangat terkejut kerana baru lebih kurang 2 bulan bertemu beliau ketika rombongan Sabah menziarahi Abah Anom di Pontren Suryalaya. Beliau yang ketika hidupnya banyak mengabdikan diri kepada Ayahanda beliau Abah Anom merupakan seorang yang sangat lemah lembut dan pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh ikhwan dan akhwat TQN di seluruh dunia.

Di Sandakan, jemaah TQN akan mengadakan majlis tahlil dan solat ghaib yang dihadiahkan khusus kepada Allahyarham di Masjid Pengiran Galpam pada 18hb Mei dan sekaligus menggantikan acara di Masjid Saidina Abu Bakar..

Marilah kita semua menghadiahkan Al Fatihah kepada Allahyarham dan semoga Allahyarham termasuk dalam golongan Kekasih Allah.. Amin

Monday, April 26, 2010

Ulang Tahun Ke 105 Tahun Suryalaya

Hari Ulang Tahun Pontren Suryalaya ke 105 akan diadakan pada 1hb hingga 10hb Oktober. Manakala rombongan sabah akan bertolak dari 7hb hingga 12hb Oktober... Jadi kepada yang berminat, cepat-cepatlah beli tiket kalau nak murah...
Tema Ulang Tahun ke 105 Pontren Suryalaya kali ini adalah " 105 TAHUN PONDOK PESANTREN SURYALAYA BERHIDMAT MEMBINA KWALITAS IKHWAN DAN AKHWAT MENUJU INSAN KAMIL CAGEUR BAGEUR ". Semua kegiatan meliputi lomba penilaian bagi Organisasi Yayasan Serba Bakti PPS, setingkat korwil dan Perwakilan, seluruh Pondok Remaja Inabah aktif, para Mubaligh Mubalighoh Muda Berkwalitas, Penulisan sejarah pengembangan TQN di wilayah masing-masing, Donor Darah, Pengobatan Gratis di Suryalaya, Loka Karya dan Seminar Tasawwuf, Pameran dan Penerbitan kitab-kitab,Pameran dan bazar,Pawai natura, khitanan massal, Milad dan wisuda serta banyak lagi..
( info diambil dari surat edaran yang dikeluarkan oleh PPS )

Wednesday, April 14, 2010

Sekelumit Mengenai Thoriqot Qodiriyyah Naqsyabandiah- Ulasan TQN SANDAKAN

Adapun Thoriqot Qodiriyyah Naqsyabandiah merupakan gabungan dari beberapa buah aliran thoriqot yang muktabar, namun hanya menggunakan dua nama thoriqot terbesar iaitu Thoriqot Qodiriyyah yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qodir Jailani dan Thoriqot Naqsyabandiah oleh Syeikh Muhammad Baha'uddin Al-Uwaisy Al-Bukhari An-Naqsyabandiah. Selain itu terdapat juga kaedah dari Thoriqot Anfasiah, Thoriqot Junaidiyah dan Thoriqot Muwafaqoh.

Thoriqot Qodiriyyah - Lebih kepada Zikir Jahar
Thoriqot Naqsyabandiah- Lebih kepada zikir Khofi
Thoriqot Anfasiah- berdasarkan nafas turun naik
Thoriqot Junaidiyah- Ketetapan amalan wirid harian dan mingguan
Thoriqot Muwafaqoh- berkaitan Asmaul Husna

Yang mencantumkan kaedah ini adalah Syeikh Ahmad Khatib Sambas

Beruntungnya Rombongan Malaysia


Setiap pagi, ribuan manusia tanpa sempadan usia, dari tua ke muda, dari besar ke kecil, semuanya beratur dengan membawa sebotol air semata-mata untuk bersalam dengan abah. Begitulah karomahnya abah, sehingga dari setiap pelusuk dunia datang menziarahi beliau.
Namun, rombongan Malaysia amat beruntung khususnya di bawah naungan Ayahanda Tun kerana bukan sekadar bersalaman tapi sempat bergambar dan duduk agak lama di bilik khas yang menyediakan ruang untuk bertemu abah, yang mana peluang ini amat jarang diperolehi oleh rombongan lain. Kita patut bersyukur dengan keadaan ini.. Alhamdulillah

Ziarah Abah

Pada 25hb April 2010 yang lalu, seramai 13orang ikhwan dan akhwat TQN dari Sandakan telah menyertai rombongan ke Pondok Pesantren Suryalaya di Tasikmalaya Indonesia yang diketuai oleh K.H Abdul Manaf Bin Abidallah. Sepanjang di Indonesia, rombongan telah dibawa melawat ke beberapa tempat selain Pontren Suryalaya, seperti di Pondok Inabah Putri dibawah penyeliaan K.H Mohd Gous Saefullah, Pontren Darul Falah di Cianjur, Makam Sunan Gunung Jati dan Syeikh Tolhah di Cirebon, Masjid Kubah Emas di Jakarta dan bermacam-macam tempat lagi di sekitar Bandung. Rombongan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yayasan Sabdi di bawah naungan Ayahanda Tun serta anak beliau Tuan Haji Abdul Rahman. Sesungguhnya pertemuan dengan Abah merupakan satu nikmat yang besar bagi yang merasainya!!! KAMI SAYANG ABAH...

Tuesday, April 13, 2010

TQN Cawangan Sandakan

Assalamualaikum Warrahmahtullah Wabarakatuh
BismillahirRohmannirRohiim
Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhoka Mathlubi 'Athini Mahabbataka Wa Ma'rifataka
Thoriqot Qodiriyyah Wan Naqsyabandiah telah mula berkembang di Sandakan seawal tahun 1980-an lagi apabila Allahyarham Guru Tua (Ustaz Said) selaku wakil talqin pada masa itu menetap di Sandakan. Di antara murid-murid beliau yang masih ada pada masa kini ialah Datuk Haji Abdul Karim Said, Tuan Haji Abdul Rashid , Tuan Guru Haji Ibrahim Harun, Tuan Guru Yaacub Lubis, Tuan Haji ABM Fajeer dan ramai lagi.