Thoriqot Qodiriyah Naqsyabandiah

Thoriqot bermaksud jalan atau kaedah yang digunakan oleh hamba untuk menuju Tuhan Robbul Jalil. Tanpa berthoriqot tidak mungkin si hamba bisa menemui Tuhan dengan keadaan bertawajjuh , saling berhadapan dan "bersemuka".

Sunday, February 7, 2021

INTI NAFI DAN ITHBAT

Bahagian 1

Zikir Nafi Dan Ithbat , dengan lain perkataan kalimat Zikir yang tidak mengakui semua " tuhan-tuhan" dan menetapkan kepada Tuhan Allah yang satu tunggal , adalah zikir yang paling besar manfaatnya dan paling sangat berbekas bagi manusia, iaitu kalimat LAA ILAAHA ILLALLOH , ertinya Tiada Tuhan Melainkan Allah.

Tuhan berkata dalam firmannya :

" Ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Tiada Tuhan Melainkan Allah "

Nabi Muhammad SAW bersabda :

" Sebaik - baik yang aku ucapkan dan diucapkan Nabi-Nabi sebelumku adalah LAA ILAAHA ILLALLOH ".

Kemudian Nabi berkata pula dalam hadits :

Barangsiapa yang mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLOH dengan ikhlas , pasti masuk syurga.

Dalam hadits lain, junjungan kita itu berkata :

Tidak ada ketakutan bagi ahli LAA ILAAHA ILLALLOH  (yakni mereka yang mengamalkan kalimah tersebut) , di dalam kubur mereka dan ketika dibangkitkan (di padang Mahsyar)

Kemudian Rasulullah SAW bersabda pula :

" Jika ada seseorang yang mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLOH (secara benar), meskipun dosanya sebesar bumi , akan diampuni Allah dosanya itu.

Kalimat itu dinamakan Kalimat Thoiyyibah yang dapat mensucikan orang yang mengucapkannya dari syirik Jali sebagaimana ia dapat membersihkan jiwa orang itu dari syirik Khafi dan menjadikan orang itu orang yang ikhlas dan murni. Begitu juga kalimat ini dapat membuka hati manusia dari hijab yang selalu menghalangi kepada kebenaran , serta membersihkan jiwa orang itu dari segala kotoran dan sifat-sifat kebinatangan.

Kalimah LAA ILAAHA ILLALLOH itu mengurniakan kasyaf bagi orang yang mengucapkannya untuk selama-lamanya , di samping mengurniai sifat Siddiq , Ikhlas , Ilmu Ladunni , rahsia-rahsia yang aneh dan akan diberi Musyahadah , bermacam-macam alamat dari Tuhan.

Kurnia yang demikian itu akan diperolehi jika ucapan kalimat itu diambil dan diterima dari hati yang taqwa dan suci dari selain dari Allah, bukan hanya dipetik dengan didengar saja dari mulut-mulut orang awam. Kalimat Nafi Ithbat itu meskipun sepotong ayat yang pendek, tetapi maknanya sangat luas meliputi seluruh hati jika diambil dengan butir-butir Tauhid dari hati yang hidup , butir-butir itu akan tumbuh. Berlainan dengan butir-butir yang tidak mencapai dan tidak hidup.

Saturday, February 6, 2021

Fadhilat Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil

حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ 

 Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakiil 

Cukuplah Allah bagi Kami , yang sebaik-baik Wakil ( tempat menyerah segala urusan / Pelindung ) 

Keterangan :

Kalimat ini biarpun pendek tetapi sangat bernilai kerana mengandungi penetapan Tauhid dan penyerahan kepada Allah semata. Dikatakan bahawa inilah kalimat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim , Nabi Musa dan Nabi Muhammad ketika mereka di dalam kesusahan dan ditimpa ujian berat. 

Terlalu banyak khasiat ayat ini sehingga di dalam Kitab Sirrul Jalil karangan Syeikh Abu Hasan Ali Asy-Syadzili dikhususkan untuk menghurai segala keistimewaan ayat ini. Amalan ini adalah untuk perlindungan , kerezekian , kewibawaan dan satu bentuk penyerahan kepada Allah sehingga akan dipermudahkan segala urusan dan diberikan jalan keluar bagi mereka yang rutin mengamalkannya. 

Kaifiat Beramal Dibaca sehari sebanyak 450x jika mampu. Boleh dibaca sambil melakukan pekerjaan seharian dengan menggunakan tasbih digital . Setelah dapat istiqomah , boleh ditingkatkan sehingga 1000x setiap hari.

Monday, January 12, 2015

MESYUARAT PARA WAKIL TALQIN, PARA SESEPUH, PENGETUA INABAH, IBU BELLA, DA'IE, IKHWAN DAN AKHWAT TQN MALAYSIA

Alhamdulillah wa syukrulillah , InsyaAllah dijangka pada hujung bulan Januari ini iaitu bermula 28 Januari 2015 akan dilangsungkan satu mesyuarat yang membabit semua jemaah TQN di Malaysia dari wakil talqin sehingga ikhwan dan akhwat biasa. Program akan diadakan di beberapa tempat di Kota Kinabalu , Sabah dan dijangka berakhir pada 31hb Januari 2015

Sunday, January 11, 2015

SEMINAR Q.L.P PERTAMA KALI DI MALAYSIA

SEMINAR QOLBU LINGUSTIC PROGRAMMING “ QOLBU BERSIH , RAIH PRESTASI “ DISAMPAIKAN OLEH : DRS.KH.WAHFIUDIN SAKAM, S.E, MBA Diasaskan oleh Drs.K.H Wahfiudin Sakam , seorang Motivator Kerohanian dan Kaunseling yang terkenal di Indonesia dan telah menganjurkan pelbagai Seminar dan Kursus Motivasi , Kaunseling dan Pembangunan sahsiah serta jatidiri insan melalui kaedah Spiritual (Kerohanian) dan kekuatan Qolbu. Nabi SAW bersabda yang maksudnya “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik,maka baiklah seluruh jasadnya tetapi seandainya daging itu rosak (kotor) , maka rosaklah seluruh jasadnya. Daging yang dimaksudkan adalah Qolbu (Hati)” ( Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) PENGISIAN  Memahami pengertian Qolbu dan potensinya dalam membangunkan dan meningkatkan kualiti hidup  Perbezaan QLP dan NLP  Meningkatkan kecemerlangan I.Q, E.Q dan S.Q  Mengubah cara berfikir dan bertindak ke arah yang positif Anda boleh mendapatkan info mengenai QLP di www.radiks.co.id atau di youtube. Yuran : RM 250 ( Makan dan minum , sijil , senaskah buku Motivasi berjudul COME , pen , “goodie bag” , buku nota dan bahan kursus ) Tempat Kursus : Hotel Ibis , Sandakan 8.00pagi – 5.00 petang

Friday, October 19, 2012

HAUL ABAH ANOM

TQN Sandakan akan mengadakan HAUL ABAH ANOM pada 4hb November 2012 di Taman Jalil Alip Sandakan selepas solat Zuhur berjemaah.. Antara pengisiannya termasuklah Manakib Syeikh Ahmad Shohibulwafa Tajul Ariffin dan tahlilan

Saturday, October 22, 2011

Majlis Tafaqquh Fid Din Zawiyah Al-Khowash

Dengan niat untuk menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan , maka beberapa ikhwan TQN Sandakan bergabung dan memberikan kelas pengajian agama atau Tafaqquh Fid Din dan diadakan di Zawiyah Al-Khowash Thoriqot Qodiriyyah Wan Naqsyabandiah Sandakan. Tujuannya tidak lain melainkan mengharap keredhaan Allah semata-mata. Antara kitab yang diijtima'kan adalah kitab-kitab tauhid,fiqh dan tasawwuf seperti Hidayatul Mutafakkirin , Kitab Syarah sifat 20 ,Kitab Sullamut Taufiq , Miftahus Sudhur, Bidayatus Salikin, Adzkiyaa, Nashohiul 'Ibad, Kitab-kitab hadis juga pengajian mendalam seperti Usul Fiqh, Qawa'id Fiqhiiyaah dan lain-lain.

Friday, September 30, 2011

Kursus Sehari Asas Talaqqi di Sandakan

KURSUS SEHARI ASAS TALAQQI
( BACAAN HURUF AL-QURAN BERSANAD SEPERTI YANG DISAMPAIKAN RASULULLAH S.A.W )

Bersama Penulis Buku TALAQQI (Ust. Surur an-Nadwi)
SERTAI KURSUS SEHARI ASAS TALAQQI DI BAWAH:

TARIKH : 27HB November 2011 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : SANDAKAN
YURAN : RM 100
(TERMASUK MAKAN DAN BUKU KURSUS)
Ust. Surur an-Nadwi adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak tahun 1968, memperolehi 2 sanad Talaqqi & Musyafahah riwayat Hafs ‘an ‘Asim dari al-Syeikh Muhammad 'Abdun Nabiy dan al-Syeikh Rif'at al-Bastayisiy. Pernah menjadi ketua division Tilawah, UIA dari Julai 2002 hingga Mei 2008. Penulis adalah lepasan Tahfiz dan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Nadwatul ‘Ulama, Lucknow, India dari tahun 1989 hingga 1996. Penulis juga memiliki sanad awail kutub hadith al-thamaniyah dan ijazah tariqat Qadariyyah dari al-Syeikh Abu al-Hassan Ali al-Nadwi (wafat 1999), sanad Jami' Tirmizi dari Syeikh Salman an-Nadwi dan sanad Sahih al-Bukhari dari al-Syeikh Mahbub al-Rahman al-‘Azomiy semasa belajar di sana. Penulis menamatkan Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul di UIA pada tahun 2000. Penulis telah menghasilkan buku berjudul Ilmu Tajwid menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim melalui Tariq al-Syatibiyyah setebal 342 mukasurat yang sehingga kini telah diulang cetak melebihi 21,000 naskah. Penulis telah membentangkan lebih dari 6 kertaskerja dalam bidang al-Quran di seminar-seminar anjuran universiti tempatan dan antarabangsa. Sekarang penulis sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam di Fakulti Pendidikan, UM dalam bidang Pendidikan al-Quran di samping mempengerusikan REHAL, Kota Damansara & Saujana Utama.
Siapa yang boleh mengikuti Kursus Asas Talaqqi:

- Terbuka kepada peserta dewasa sahaja.
- Mereka yang baru mengenal/ tak tahu langsung.
-Ibubapa yang membimbing anak-anak membaca al-Quran
-Guru, imam, mahasiswa yang mahu memantapkan bacaan
-Sesiapa sahaja yang berminat dengan Ilmu Tajwid.

Kursus Sehari memberi peluang kepada peserta:

- Mempelajari asas-asas membaca al-Quran bertajwid.
- Memahami hukum-hukum asas dalam Ilmu Tajwid.
- Mencuba bacaan bertajwid secara Talaqqi & Musyafahah
- Sijil Penyertaan diberikan kepada peserta.
- Layak menyertai kelas Talaqqi Bersanad.
- Layak mengikuti Kursus Tajwid Lengkap.