Thoriqot Qodiriyah Naqsyabandiah

Thoriqot bermaksud jalan atau kaedah yang digunakan oleh hamba untuk menuju Tuhan Robbul Jalil. Tanpa berthoriqot tidak mungkin si hamba bisa menemui Tuhan dengan keadaan bertawajjuh , saling berhadapan dan "bersemuka".

Thursday, December 30, 2010

Dasar-Dasar Ajaran Thoriqot Naqsyabandiah

Adapun dasar-dasar ajaran Thoriqot Naqsyabandiah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Najm Al-Din Amin Al-Kurdi dalam kitabnya Tanwir Al-Qulub ialah pengamalan sebelas kata berbahasa Persi. Lapan antaranya ajaran Syeikh Abdul Kholiq Ghujdawani
(Khawajagan @ Khawjakan) dan tiga berasal dari ajaran Syeikh Muhammad Baha'uddin Naqsyabandi.

Lapan ajaran Al Ghujdawani tersebut ialah :

1.Husy Dari Dam (Kesedaran Dalam Bernafas)
Maksudnya pemeliharaan setiap nafas yang keluar masuk dari lupa kepada Allah sehingga hatinya selalu hadir bersama Allah dalam segala nafasnya

2.Nazar Bart Qadam (Memperhatikan Setiap Langkah Diri)
Maksudnya setiap salik apabila berjalan harus selalu melihat ke tempat kakinya melangkah dan bila ia duduk harus hanya melihat ke tempat di depannya. Dia dilarang meluaskan tempat pandangannya kerana dikhuatiri tidak mampu memelihara hatinya yang banyak diganggu oleh pandangan matanya.

3.Safat Dar Wathan (Perjalanan Mistik Dalam Diri)
Maksudnya setiap salik harus berpindah dari sifat-sifat manusia yang rendah kepada sifat-sifat malaikat yang utama

4.Khalawat Dar Anjuman (Kesendirian Dalam Keramaian)
Maksudnya hati si salik harus selalu hadir bersama Allah dalam segala situasi, baik dia sendirian jauh dari manusia mahupun sedang bergaul di tengah-tengah manusia yang ramai.

5.Yad Kard (Peringatan Kembali)
Maksudnya selalu mengulangi zikir, baik zikir dengan nama Zat (Kalimah Allah) mahupun dengan Zikir Nafi Dan Isbat (Kalimat Laa Ilaaha Illallah) sehingga yang diingat selalu hadir

6.Baz Kasyt (Menjaga Pemikiran Sendiri)
Maksudnya si salik kembali berzikir dengan Nafi dan Isbat setelah munajat dengan kalimat Ilahiy Anta Maqsudi , Wa ridhoka Mathlubi , 'Athini Mahabbataka wa ma'rifataka , kerana dengan itu akan terwujudlah pandangan si salik dalam hatinya terhadap wujud segala makhluk

7.Nikahdasyt (Memperhatikan Pemikiran Sendiri)
Maksudnya si salik harus menjaga hatinya dari kemasukan segala lintasan godaan yang mengganggu meskipun hanya sejenak.

8.Yaddast (Pemusatan Perhatian Hanya Kepada Allah)
Maksudnya pemusatan (konsentrasi) fikiran dan segala perhatian penuh tanpa kata-kata tertuju kepada musyahadah terhadap cahaya-cahaya Zat Yang Maha Esa. Hal ini tidak dapat terwujud tanpa terlebih dahulu mengalami Fana yang sempurna dan Baqa yang sempurna

Adapun ketiga ajaran dasar dari Syeikh Bahau'ddin ialah :

1.Wukuf Zamani
Maksudnya , si salik setiap berlalu dua atau tiga jam dalam kehidupannya hendaklah dia memperhatikan Apakah selama itu dia selalu ingat kepada Allah atau lupa. Bila ia selalu ingat , hendaklah dia bersyukur kepada Allah ; bila dia lupa , maka hendaklah dia meminta ampun dan kembali ingat kepada Allah.

2.Wukuf 'Adadi
Maksudnya si salik hendaklah selalu memelihara bilangan ganjil dalam berzikir nafi dan isbat seperti 3 , 5 ,7 dan seterusnya

3.Wukuf Qolbi
Maksudnya keadaan hati si salik selalu hadir pada bersama Allah dalam erti tak ada sedikit pun peluang dalam hati untuk tertuju kepada selain Allah dan terlepas dari pengertian zikir

Friday, December 24, 2010

Khataman Sebagai Acara Penutupan Tahun 2010

Pada 24hb dan 25hb Disember akan diadakan khataman sebagai acara penutupan tahun 2010bagi aktiviti TQN Sandakan. 24hb Disember diadakan di Masjid Datuk Pengiran Galpam dan 25hb Disember pula diadakan di Markas Persaudaraan Al-Hira'.
Mudah-mudahan acara khataman ini akan membawa kebaikan dan manfaat kepada semua ikhwan dan akhwat TQN Sandakan kerana pada tahun 2010 ini banyak kenangan manis dan pahit yang sukar untuk dilupakan.

Monday, December 20, 2010

Khataman Di Rumah Tun Sakaran Dan Persaudaraan Al-Hira'

Pada 20hb Disember 2010 , Khataman akan dilakukan di rumah Ayahanda Tun Sakaran di Likas dan 25hb Disember 2010 satu lagi khataman diadakan di Markas Persaudaraan Al-Hira; Sandakan... semua jemaah dijemput hadir...

Wednesday, December 15, 2010

K.H MUHAEMINUL AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH

9Hb Oktober yang lalu warga TQN telah menerima berita yang menyedihkan di mana telah perginya seorang wakil talqin yang banyak berjasa di dalam mengembangkan TQN di Jawa Khususnya di Cianjur , iaitu KH Muhaeminul Aziz yang telah kembali ke Rahmatullah. Seluruh warga TQN Sandakan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau..