Thoriqot Qodiriyah Naqsyabandiah

Thoriqot bermaksud jalan atau kaedah yang digunakan oleh hamba untuk menuju Tuhan Robbul Jalil. Tanpa berthoriqot tidak mungkin si hamba bisa menemui Tuhan dengan keadaan bertawajjuh , saling berhadapan dan "bersemuka".

Saturday, October 22, 2011

Majlis Tafaqquh Fid Din Zawiyah Al-Khowash

Dengan niat untuk menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan , maka beberapa ikhwan TQN Sandakan bergabung dan memberikan kelas pengajian agama atau Tafaqquh Fid Din dan diadakan di Zawiyah Al-Khowash Thoriqot Qodiriyyah Wan Naqsyabandiah Sandakan. Tujuannya tidak lain melainkan mengharap keredhaan Allah semata-mata. Antara kitab yang diijtima'kan adalah kitab-kitab tauhid,fiqh dan tasawwuf seperti Hidayatul Mutafakkirin , Kitab Syarah sifat 20 ,Kitab Sullamut Taufiq , Miftahus Sudhur, Bidayatus Salikin, Adzkiyaa, Nashohiul 'Ibad, Kitab-kitab hadis juga pengajian mendalam seperti Usul Fiqh, Qawa'id Fiqhiiyaah dan lain-lain.

Friday, September 30, 2011

Kursus Sehari Asas Talaqqi di Sandakan

KURSUS SEHARI ASAS TALAQQI
( BACAAN HURUF AL-QURAN BERSANAD SEPERTI YANG DISAMPAIKAN RASULULLAH S.A.W )

Bersama Penulis Buku TALAQQI (Ust. Surur an-Nadwi)
SERTAI KURSUS SEHARI ASAS TALAQQI DI BAWAH:

TARIKH : 27HB November 2011 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : SANDAKAN
YURAN : RM 100
(TERMASUK MAKAN DAN BUKU KURSUS)
Ust. Surur an-Nadwi adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak tahun 1968, memperolehi 2 sanad Talaqqi & Musyafahah riwayat Hafs ‘an ‘Asim dari al-Syeikh Muhammad 'Abdun Nabiy dan al-Syeikh Rif'at al-Bastayisiy. Pernah menjadi ketua division Tilawah, UIA dari Julai 2002 hingga Mei 2008. Penulis adalah lepasan Tahfiz dan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Nadwatul ‘Ulama, Lucknow, India dari tahun 1989 hingga 1996. Penulis juga memiliki sanad awail kutub hadith al-thamaniyah dan ijazah tariqat Qadariyyah dari al-Syeikh Abu al-Hassan Ali al-Nadwi (wafat 1999), sanad Jami' Tirmizi dari Syeikh Salman an-Nadwi dan sanad Sahih al-Bukhari dari al-Syeikh Mahbub al-Rahman al-‘Azomiy semasa belajar di sana. Penulis menamatkan Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul di UIA pada tahun 2000. Penulis telah menghasilkan buku berjudul Ilmu Tajwid menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim melalui Tariq al-Syatibiyyah setebal 342 mukasurat yang sehingga kini telah diulang cetak melebihi 21,000 naskah. Penulis telah membentangkan lebih dari 6 kertaskerja dalam bidang al-Quran di seminar-seminar anjuran universiti tempatan dan antarabangsa. Sekarang penulis sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam di Fakulti Pendidikan, UM dalam bidang Pendidikan al-Quran di samping mempengerusikan REHAL, Kota Damansara & Saujana Utama.
Siapa yang boleh mengikuti Kursus Asas Talaqqi:

- Terbuka kepada peserta dewasa sahaja.
- Mereka yang baru mengenal/ tak tahu langsung.
-Ibubapa yang membimbing anak-anak membaca al-Quran
-Guru, imam, mahasiswa yang mahu memantapkan bacaan
-Sesiapa sahaja yang berminat dengan Ilmu Tajwid.

Kursus Sehari memberi peluang kepada peserta:

- Mempelajari asas-asas membaca al-Quran bertajwid.
- Memahami hukum-hukum asas dalam Ilmu Tajwid.
- Mencuba bacaan bertajwid secara Talaqqi & Musyafahah
- Sijil Penyertaan diberikan kepada peserta.
- Layak menyertai kelas Talaqqi Bersanad.
- Layak mengikuti Kursus Tajwid Lengkap.

Program Inabah Sabah 2011

PROGRAM INABAH 2011 ( anjuran Persaudaraan Jemaah TQN Sandakan ) KETUA PENASIHAT PROGRAM : USTAZ ABDUL MANAF ABIDALLAH Objektif : - Mengajak peserta program ini agar kembali kepada ajaran Agama Islam sebenar sesuai dengan nama program ini iaitu Inabah yang bererti Kembali - Mengembalikan sunnah Rasulullah S.A.W dalam beribadah khususnya dalam merealisasikan Qiammulail dan Zikrullah - Memberikan kefahaman sebenar tentang perkara-perkara Bid’ah dan sesat - Membantu para belia khususnya remaja agar memperolehi benteng dalam menghadapi cabaran masa kini yang membawa kepada maksiat dan kekufuran Aktiviti / acara program : - Ceramah agama - Majlis Talqin dan Bai’ah - Penerangan Lanjut Tentang Kaedah Zikir Jahar Dan Zikir Khofi - Manakib dan Khotaman - Riadah pagi dan petang ( Ilmu Persilatan sebagai asas seni beladiri seorang pendakwah ) - Mandi Inabah untuk peserta yang bermasalah akhlak seperti ketagih dan sebagainya Tarikh : 18hb – 20hb November 2011 Tempat : Taman Jalil Alip , Sandakan Peserta : Terhad kepada 100 peserta seluruh Malaysia Yuran : RM 50 ( Penginapan , makan minum , sijil dan pengangkutan dari Bandar Sandakan ke tempat kursus )

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Jalan Abah....

Pada 5hb September 2011 bersamaan 7 Syawal 1432 (6 Syawal di Indonesia ) merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan seumur hidup oleh setiap ikhwan dan akhwat TQN. Detik tersebut merupakan detik yang sukar dilupakan bukan kerana setakat ianya Hari Ulangtahun Pondok Pesantren Suryalaya , malahan ianya merupakan detik Mursyid TQN yang mulia Syeikh Ahmad Shohibulwafa Tajul Ariffin atau lebih mesra dipanggil Abah Anom telah dijemput kembali Ke Rahmahtullah. Selesailah sudah tugas beliau di dunia ini untuk memimpin ruhani para muridnya kembali kepada Allah. Al Fatihah untukmu KEKASIH ALLAH....dan kekasih kami para ikhwan TQN

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Kepada semua muslimin dan muslimat , selamat menyambut Ramadhan yang penuh berkah ini. Mudah-mudahan , Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita... InsyaAllah

Friday, February 4, 2011

Penjelasan Syariat , Thoriqot dan Hakikat

Satu-satunya jalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah , harus mengerjakan tiga perkara :
1) Melaksanakan syariat.Ertinya mengerjakan perintah-perintah Allah dan menjauhi
laranganNya serta mengerti melaksanakan hukum-hukum agama Islam

2) Melaksanakan thoriqot. Ertinya melaksanakan agama dengan lebih berhati-hati lagi
dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan melatih diri (riyadhoh) serta
ibadah kepada Allah S.W.T

3) Haqiqat. Ertinya sampai kepada maksud, sehingga dapat merasakan lazatnya dan
nikmatnya ibadah kepada Allah. Dan supaya mendengarkan teladan dan gambaran tiga
perkara tersebut.

Syariat umpama bahtera , yang menjadi alat untuk belayar di lautan samudera. Dan thoriqot sebagai samudera yang ada mutiara di dasarnya. Hakikat adalah mutiara yang terpendam di dalam dasar samudera itu. Bila mengenal yang mana satu bahtera , samudera dan mutiara , maka itulah Ma'rifat iaitu mengenal...

Sunday, January 2, 2011

Hikmah Zikir Jahar (Bersuara / Lisan : Kalimah Laa Ilaaha Illallah)

Menurut Imam Al-Ghazali : Sunat zikir Jahar itu diberjama'ahkan di masjid , kerana dengan banyaknya suara itu membuat lebih cepat lembutnya hati , seperti sebuah batu dipukul beramai-ramai , sudah tentu akan lebih cepat belahnya (hancur).

Di dalam kitab BidayatusSalikin menerangkan terdapat 6 hikmah zikir jahar iaitu :

1. Ijtima'i Satati Qolbi Sahibi
Mengumpulkan terpecahnya ingatan hati manusia yang sedang berzikir : Penyatuan kembali pecahan ingatan

2. Himmatun 'Aliyyah
Membuat tinggi cita-cita dalam menjalankan ibadah kepada Allah dan menegakkan hukum Allah

3. Anisul Mutawahis
Menjinakkan perkara yang seringkali liar

4. Jarrul Khoir
Menarik kepada kebaikan

5. Khotratus Samawiyyah
Bisikan-bisikan dari langit

6. Miftahul Ghoib
Terbuka segala sesuatu yang samar (bersifat ghoib)

untuk keterangan lanjut mengenai huraian di atas akan saya tambahkan pada masa yang akan datang. Semoga Bermanfaat untuk semua. Amin

Saturday, January 1, 2011

Syarat-syarat mengamalkan zikir Laa ilaaha illallah

Seperti yang tertulis dalam kitab Sirrul Asros karya agung Syeikh Abdul Qodir Jailani , ada 3 syarat utama dalam penyebutan kalimah Laa Ilaaha Illallah sebagai amalan seperti yang diamalakan oleh Thoriqot Qoodiriyyah.

1.Wudhuk Yang Sempurna
Seorang salik yang serius ingin mengamalkan zikir Laa Ilaaha Illallah haruslah dalam keadaan berwudhuk , maksudnya suci zahir dan batin kerana kalimah suci harus ditempel pada tubuh yang suci tidak kira zahir dan batin. Tubuh yang berwudhuk melambangkan tubuh yang dalam kesucian dan siap sedia untuk menerima pancaran nur yang terhasil dari amalan kalimah Laa Ilaaha Illallah...

2. Dengan Suara Yang kuat dan Jelas
Kalimah Laa Ilaaha Illallah itu mengandungi 12 huruf , tidak boleh dikurangi atau ditambah walau satu huruf sekalipun. Kerana itulah pengucapan dan penyebutan yang benar termasuk dengan Madnya harus diperolehi dari Guru yang Mursyid dan melalui khalifahnya atau wakil talqinnya.
Dibunyikan dengan kuat (Jahar) agar memberi bekas kepada setiap latifah yang ada di dalam tubuh batin manusia serta membantu si salik untuk memberikan tumpuan sepenuhnya. Nanti akan dihuraikan dalam bab seterusnya kelebihan zikir secara jahar.

3. Dengan "Pukulan" @ Hentakan yang kuat
Maksud pukulan di sini bukanlah dengan pukulan tangan atau sebagainya , tetapi dengan kekuatan rohani yang dibantu dengan pengucapan kuat dan jelas ketika "Illallah" seolah - olah pengucapan itu di patri di dalam Qolbu agar tidak goyah lagi. Kenapa mesti dengan hentakan yang kuat ? dalam Surah Al Baqaroh Allah sudah menggambarkan hati manusia itu keras seperti batu , bahkan lebih keras lagi. Nah , jadi kalau ada tukulnya (Kalimah Laa Ilaaha Illallah ) tapi dipalu dengan perlahan , jangankan batu bisa pecah , retak pun belum tentu..sebab itulah dalam Thoriot Qoodiriyyah itu , lafaznya harus dibunyikan beserta hentakan yang kuat.

Huraiannya saya perolehi dari K.H Sandisi, imam Masjid Nurul Asror Pontren Suryalaya